Install Bootable Windows 7 Menggunakan USB

Terdapat pelbagai cara untuk meng’install’ Windows 7 terutamanya apabila anda memerlukan alternatif lain selain menggunakan DVD yang anda beli atau dapatkan daripada pengedar sah Microsoft. Ini kerana ada model laptop yang tidak didatangkan dengan pemain cakera DVD/CD atas sebab saiz dan keleperannya yang tidak memungkinkan ciri pemain ini dimasukkan ke dalam model tersebut dan mungkin sahaja pemain cakera DVD/CD anda telah rosak, maka inilah kepentingan kaedah ini untuk anda.

Perkakas yang diperlukan

  1. USB Flash Drive berkapasiti 4GB
  2. Sebuah DVD atau salinan folder installasi Windows 7
  3. Sebuah laptop atau PC bersistem Windows 7 dengan “administrator rights”

 Membuka Command Prompt dengan akses "Administrator

Klik Start > All Programs > Accessories  dan klik kanan pada Command Prompt. Pilih Run as Administrator.

run-command-prompt-as-administrator

Membuat Partition Untuk USB Flash Drive

Taip: DISKPART

diskpart-command-prompt

Kemudian taip: LIST DISK

Apabila command di atas dimasukkan, senarai ‘disk’ atau cakera pemacu (sama ada yang mudah alih dan hard disk akan dipaparkan), anda perlu memilih dengan betul daripada senarai ini berdasarkan saiz usb drive anda (sebagai contoh dalam artikel ini saya gunakan 4GB) maka anda perlu pilih disk yang berkapasiti 4GB atau yang hampir dengannya.

list-disk

Selesai membuat pilihan, sila pastikan anda menaip arahan di bawah dengan betul dan gantikan ‘Disk 1’ dengan pilihan disk anda kecuali arahan PARTITION 1 hendaklah tidak diubah.

SELECT DISK 1
CLEAN
CREATE PARTITION PRIMARY
SELECT PARTITION 1
ACTIVE
FORMAT FS=NTFS
ASSIGN
EXIT

Membuat USB Bootable

Langkah seterusnya amat mudah. Salin fail installasi daripada DVD atau folder Windows 7 dan pindah muat ke dalam USB Flash Drive tadi. Sila pastikan anda copy semua fail seperti di bawah ini.

copy-to-usb

Kini anda boleh meng’install’ Windows 7 ke dalam mana-mana komputer dengan menggunakan thumbdrive atau USB Flash anda dengan syarat, anda tetapkan pilihan boot pada USB atau Removable Media.

 

Diharapkan panduan dan cara ini dapat memudahkan saudara dan saudari. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, komen atau cadangan, sila hantarkan melalui ruangan komen di bawah.

 

0 komen dari pembaca: