Apple Patenkan Bentuk Bucu Bulat Segiempat (Round-Cornered Rectangle)!

Kisah saman-menyaman dan tindakan undang-undang Apple kini mencapai tahap baru. Ya, memang benar: Apple telah dibenarkan membuat paten kepada rekaan asal iPad iaitu, bentuk bulat segiempat pada bucu peranti (lihat dibawah) dan apa yang saya maksudkan ialah bentuk bucu!
o-IPAD-PATENT-570

Perkembangan terbaru ini telah menimbulkan banyak persoalan dan komen-komen panas daripada tech blog di seluruh dunia. Apple telah dikritik kerana menggunakan sistem paten Amerika Syarikat yang lemah atas kepentingan mereka dengan mencatatkan kemenangan sebanyak 1 billion ke atas Samsung pada musim panas lalu.

Paten dibenarkan untuk bentuk segiempat?? Bentuk tersebut lebih kepada unsur keselamatan jika dibandingkan dari segi estetik dan Apple perlu sedar akan hal itu. Sekiranya bentuk boleh dipatenkan, adakah selepas ini warna putih/kelabu apple juga akan dipatenkan? – AS

Technorati Tags: ,,

0 komen dari pembaca: