AirDroid - Lakukan Semua Fungsi Telefon Android di PC

Telefon pintar iPhone 5 yang dinanti-nantikan oleh peminat produk Apple kini digemparkan dengan pendedahan daripada wartawan akhbar Shanghai Evening Post yang menyamar sebagai seorang pekerja di Kilang Foxconn Tai Yuan untuk melihat sendiri proses pembuatan gadget popular tersebut. Wartawan tersebut menyamar selama 10 hari dan memberikan pendedahan proses pembuatan gadget iPhone 5 tersebut.
Mengikut akhbar tersebut, wartawan itu memulakan penyamarannya selama 7 hari dengan pelbagai prosedur dan tugasan yang membebankan – termasuklah diberi penginapan yang kotor, soal siasat, pematuhan arahan dan pelbagai lagi prosedur sebelum diberi tugas untuk memasang dan menyiapkan produk. Wartawan tersebut akhirnya mendapat akses kepada bahagian pemasangan di kilang dan mendedahkan ciri kawalan keselamatan yang ketat di ruang masuk bilik pemasangan tersebut:
“Kami diberitahu jika sesiapa masuk atau keluar dari pintu pengesan besi dan didapati membawa sebarang benda besi seperti tali pinggang, anting-anting, kamera, telefon bimbit, pemain mp3, penggera akan berbunyi dan anda akan dipecat serta merta. Seorang kawan sebilik saya memberitahu kawannya telah dipecat kerana dia membawa kabel pencas USB”
Kawalan keselamatan yang digariskan sangat ketat dan penyelia kilang sentiasa mengingatkan pekerja bahawa ia merupakan satu keistimewaan utnuk membina iPhone 5, memotivasikan mereka dengan menunjukkan bahagian atau kompartmen baharu dan berkata “ini merupakan plat belakang iPhone 5, anda patut berasa bangga kerana berpeluang menghasilkannya”. Tetapi tugasan atau kerja yang diberikan adalah sangat teruk dan kurang memberangsangkan untuk dilakukan dengan perasaan teruja.
Tugas yang diberikan kepada wartawan tersebut adalah untuk menandakan 4 pusat bahagian plat belakang iPhone 5 dengan pen dakwat dan meletakkannya kembali ke tali sawat. Nampak mudah, tapi bayangkan plat belakang (backplate) iPhone 5 itu sentiasa melintasinya dalam 3 saat dan semuanya perlu dilaksanakan dengan cepat dan tangkas. Tambahan lagi, dia berkerja dari tengah malam hingga 6 pagi pada keesokan harinya dengan anggaran 3,000 plat belakang iPhone 5 dapat disiapkan pada setiap shif. Wartawan tersebut menerangkan lagi proses pembuatan di kilang tersebut:
“Terdapat 4 baris pengeluaran dalam proses ini, 12 pekerja dalam setiap baris. Setiap baris boleh menghasilkan 36,000 plat belakang iPhone 5 sehari, ini menakutkan… Saya akhirnya berhenti bekerja pada jam 7 pagi. Kami diarahkan untuk berkumpul selepas bekerja. Penyelia kilang berteriak kuat dihadapan kami: “Siapa yang mahu rehat awal pada jam 5 pagi!? Kita semua disini hendak mendapatkan duit! Mari bekerja keras!” Saya berfikir siapa di dunia ini yang hendak kerja 2 jam lebih (overtime) hanya ingin mendapatkan 27 yuan (USD$ 4 atau RM12.30)”
Itulah realiti untuk membuat iPhone 5 yang bakal dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Para pengguna iPhone bermegah dengan gadget yang dipakai tanpa menyedari telefon pintar tersebut ialah hasil titik peluh insan yang terpaksa berhempas-pulas memasangnya, dimarah dan dimaki kerana melakukan kesilapan dan dipaksa untuk mengekalkan tahap pengeluaran yang luar biasa.
Baca dengan lebih lanjut mengenai pengintip wartawan yang membuat liputan tersebut di MIC Gadget, yang membuat alih bahasa dan meringkaskan laporan tersebut. [Shanghai Evening Post (translated) melalui MIC Gadget]
Trend penggunaan tablet dan telefon mudah alih boleh dikatakan telah diperkenalkan meluas oleh Samsung. Pengeluar telefon itu kini muncul memperkenalkan Samsung Galaxy Note dalam versi lebih besar dengan skrin sentuh seluas 10.1 inci dengan resolusi 800x1280 piksel dan lebih istimewa lagi, dua aplikasi boleh dijalankan serentak di skrin tablet ini.
Penulis begitu kagum melihat perkembangan pengeluar telefon ini yang tidak takut untuk bereksperimen dengan peralihan jenama Galaxy Note iaitu daripada sebuah gadget telefon pintar kepada sebuah tablet mudah alih berkeupayaan tinggi. Peralihan ini juga merupakan satu pengenalan baru dalam senarai modelnya kerana Galaxy Note dilengkapi dengan pen digital disamping keupayaan untuk memapar dan menjalankan dua aplikasi (sebelah-menyebelah melalui pembahagian skrin) yang memudahkan pengguna melakukan dua tugasan serentak.
Keupayaannya untuk memapar dan menjalankan dua aplikasi serentak ini disokong oleh pemproses Quad Core 1.4 GHz, Cip Exynos 4412 dan RAM 2Gb. Maka tidak hairanlah jika anda mampu menonton video serentak dengan mengambil nota mahupun melayari laman web dalam masa yang sama.
Tablet ini juga dilengkapi dengan kamera dengan keupayaan kualiti gambar 5MP dan dijanakan oleh Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).
Pada permulaan, Samsung Galaxy Note 10.1 ini akan dijual di pasaran Amerika Syarikat (versi Wifi) dengan kapasiti 16Gb. Harga pasaran yang dijangkakan untuk tablet ini untuk versi 16Gb ialah RM 1,599 dan versi 32Gb, dijual pada harga RM1, 715.
Alang-alang menggunakan Samsung Galaxy Note, bagi mereka yang inginkan paparan lebih besar dan keupayaan yang lebih, pastinya tablet ini menjadi pilihan di hati.
Sistem Operasi: Android
Versi Sistem Os: 4.0
Tinggi:7.1 Inci
Lebar: 10.3 Inci
Ketebalan: 0.35 Inci
Berat: 1.3 Paun
Saiz Paparan: 10.1 Inci
Resolusi: 1280 x 800 piksel
Jenis Paparan: TFT
Pen Input: Ada
Kecerahan sedia ada: 199 cd/m2
Kecerahan maksimum: 405 cd/m2
Kelajuan Pemproses: 1.4 GHz
RAM: 2 GB
GPS: Ada
Storan boleh Tambah: MicroSD
Kamera hadapan: Ada
Resolusi Kamera hadapan: 1.9 Megapiksel
Kamera dibelakang: Ada
Resolusi Kamera dibelakang: 5 Megapiksel
Keupayaan Flash: Ada
Capaian: Bluetooth, Wi-Fi
Dunia mobiliti dan gadget dunia digegarkan lagi oleh pengeluar telefon pintar terkenal dunia, Samsung. Pengenalan telefon pintar dengan keupayaan untuk memancarkan imej atau projektor menerusi model terbarunya, Galaxy Beam atau I8530.
Penulis amat tertarik dengan fungsi dan keupayaan telefon ini yang sememangnya sesuai untuk mereka yang memerlukan gadget “semua dalam satu”. Mereka yang sentiasa membawa beg besar untuk membawa projektor pastinya merasa lega dengan kehadiran Galaxy Beam daripada Samsung.
Projektor Cahaya Digital 15 Lumen DLP (Digital Light Projector)
Keupayaan pancaran projektor ini boleh digunakan sehingga sejauh 2 meter dan saiz pancaran sebesar 50 inci!
Bateri 2,000 mAh
Kapasiti bateri 2,000 mAh membolehkan anda menggunakan telefon pintar anda selama 3 jam berturut-turut dan anda boleh menonton 2 buah filem standard (1 jam 30 minit) dan 1 filem penuh wayang hindi – hanya menggunakan telefon ini.
Kamera 5MP dengan Flash
Keupayaan kamera 5MegaPiksel dengan Flash memudahkan anda untuk mengambil gambar dengan butang beam yang seakan-akan kamera kompak; ditambah lagi dengan kedudukan lampu flash yang berada dekat dengan kedudukan kamera.
Pemproses Dual-Core 1 GHz
Samsung Galaxy Beam dilengkapi dengan cip pemproses Dual-Core 1GHz yang pantas dan laju. Telefon pintar ini mampu melakukan pelbagai tugasan dengan amat pantas, termasuk untuk tujuan ‘mobile gaming’. Anda tidak perlu risau berkenaan isu “hang” lagi!
HSPA 14.4 Network
Teknologi terkini HSPA 14.4, kelajuan transaksi data sebanyak 14.4 Mbps, mempertingkatkan kelajuan capaian internet anda terutamanya untuk memuat turun fail atau kandungan yang bersaiz besar.
TFT WVGA 4.0 Inci
Saiz skrin besar sebanyak 4 inci memudahkan anda untuk membaca teks dan melihat gambar. Resolusi yang besar dan kualiti gambar definisi tinggi (HD) memaparkan kualiti warna dan piksel yang pasti memukau visual anda.
Senipis 12.55 mm
Dengan ketebalan 12.55 mm, SG Beam amat sesuai untuk digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna khususnya remaja mahupun mereka yang trendy. Namun begitu, penulis agak tertanya-tanya kenapa hanya satu set warna (kuning) sahaja yang disediakan buat masa ini.
Kepada mereka yang memerlukan telefon “semua dalam satu” perlu mencuba Samsung Galaxy Beam kerana kepantasan, kebergunaan dan pelbagai guna gadget ini.
Berikut ialah maklumat terperinci berkenaan Samsung Galaxy Beam:
UMUM |
2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 |
3G Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100 |
Diumumkan 2012, Februari |
Status Telah dilancarkan pada Julai 2012. |
MAKLUMAT TERPERINCI |
BADAN
Berat - Built-in nHD projector
PAPARAN Saiz Multitouch - TouchWiz UI v4.0
BUNYI Loudspeaker 3.5mm jack
MEMORI Internal
DATA EDGE Speed WLAN Bluetooth USB
KAMERA Features Video Secondary
CIRI OS
Chipset
CPU
GPU
Sensors
Messaging
Browser
Radio
GPS
Java
Colors - SNS integration
BATTERY
Stand-by
Talk time MISC SAR US
SAR EU |
Maklumat Spesifikasi: GSMARENA |
Spesifikasi Penuh |
“Dua tahun lalu, Samsung Galaxy Tab mula menawarkan lebih banyak kemungkinan mengenai pelancaran seterusnya. Sejak itu, Samsung secara aktif meningkatkan barisan tablet bersama beberapa tablet yang lain dalam saiz yang berbeza,” - Presiden Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics.