NTLDR is Missing.

Rakan saya baru-baru ini mengajukan soalan berkenaan masalah laptopnya yang gagal masuk ke sistem operasi (OS) disebabkan "Error Message" pada boot screen yang memaparkan mesej NTLDR is Missing.

Berikut ialah simptom dan penyebab masalah tersebut.

Isu: NTLDR is Missing.
NT loader, NTLDR ialah program yang di load masuk dari hard drive boot sector yang memaparkan menu Microsoft Windows NT dan membantu Microsoft Windows NT/2000/XP untuk dimuat masuk.


Simptom Masalah:

Berikut ialah "error messages" apabila anda cuba untuk "on" laptop atau komputer anda sewaktu di boot screen.

NTLDR is Missing
Press any key to restart



Boot: Couldn't find NTLDR
Please insert another disk



NTLDR is missing 
Press Ctrl Alt Del to Restart



Penyebab:
  • Komputer "booting" dari  sumber non-bootable.
  • Hard disk drive Komputer tidak diset dengan betul di BIOS.
  • Fail NTLDR dan/atau NTDETECT.COM corrupt / rosak.
  • Konfigurasi salah dalam fail bernama boot.ini.
  • Hard disk drive baru sedang ditambah atau dengan kesilapan sistem menambah external drive.
  • Boot Sector / Master Boot Record corrupt / rosak.
  • Operasi Sistem (OS) Versi Windows 2000 atau Windows XP rosak.
  • Kerosakan atau kegagalan fungsi kabel IDE/EIDE hard disk drive.
  • Kegagalan membenarkan fungsi sokongan USB keyboard pada BIOS.
Penyelesaian
Terdapat beberapa penyelesaian terhadap masalah ini sekiranya anda mempunyai fail-fail penting didalam Drive C untuk melakukan "Format & Install".


Penyelesaian 1 : Komputer "booting" dari  sumber non-bootable.
  • Masalah ini sering berlaku disebabkan oleh komputer cuba untuk boot dari sumber non-bootable seperti CD/DVD-ROM atau media storan seperti Flash Memory Card SD dan alat-alat elektronik seperti telefon bimbit, iphone, ipod, kamera dan lain-lain.
  • Periksa komputer anda, adakah anda lupa untuk mengeluarkan media storan yang dinyatakan di atas? Keluarkan sebarang media atau 'disconnect' media storan atau alat elektronik dan restart kembali windows anda dan windows anda akan berfungsi seperti sedia kala.

Penyelesaian 2: Hard disk drive Komputer tidak diset dengan betul di BIOS.
  • Pastikan Hard disk drive komputer anda diset dengan betul di BIOS / CMOS setup. Setting yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah ini. Sekiranya anda tidak pakar, sila berhubung dengan pengedar komputer anda untuk bantuan kerana setting BIOS / CMOS adalah berlainan mengikut jenama yang anda gunakan.

Nota: Penyelesaian ini memerlukan kepakaran dari segi konfigurasi sistem.


Penyelesaian 3: Fail NTLDR dan/atau NTDETECT.COM corrupt / rosak.
  • Masukkan CD Windows XP ke dalam komputer
  • Apabila arahan "press any key to boot from the CD" tekan mana-mana kekunci di keyboard anda.
  • Apabila di setup menu Windows XP, tekan kekunci "R" untuk memulihkan sistem / Repair Windows.
  • Log masuk ke Windows installation dengan menekan kekunci "1" dan tekan "ENTER".
  • Anda akan diminta untuk memasukkan administrator password, dan masukkan password (sekiranya ada)
  • Copy kedua-dua fail dibawah dari CD-ROM y ke C:\

copy dari  e:\i386\ntldr  (di dalam CD-ROM)  ke dalam C:\
copy dari e:\i386\ntdetect.com (di dalam CD-ROM)  ke dalam C:\


  • Setelah kedua-dua fail berjaya di 'copy', keluarkan CD dan reboot. Komputer anda akan pulih seperti sedia kala.



Penyelesaian 4: Konfigurasi salah dalam fail bernama boot.ini.
  • Edit fail bernama boot.ini pada direktori hard disk dan pastikan ia memuat masuk Operasi Sistem (OS) anda.

Nota: Penyelesaian ini memerlukan kepakaran dari segi konfigurasi sistem.

Hard disk drive baru sedang ditambah atau dengan kesilapan sistem menambah external drive.
  • Sekiranya anda cuba untuk menambah hard disk drive baru ke dalam komputer, pastikan drive tersebut kosong dan masalah akan berlaku apabila Windows telahpun meng-install hard disk drive tersebut.

  • Sekiranya anda tidak pasti drive baru tersebut kosong atau tidak, format  hard disk drive tersebut dan restart.

Nota: Penyelesaian ini memerlukan kepakaran dari segi konfigurasi sistem.




Boot Sector / Master Boot Record corrupt / rosak.
  • Adalah berkemungkinan besar hard disk drive anda mempunyai boot sector atau master boot record yang corrupt atau rosak. 

  • Masalah ini boleh dibaiki dengan menggunakan Microsoft Windows Recovery console dengan mengaktifkan arahan fixboot dan fixmbr.

Nota: Penyelesaian ini memerlukan kepakaran dari segi konfigurasi sistem dan arahan DOS.






Operasi Sistem (OS) Versi Windows 2000 atau Windows XP rosak.
  • Masalah ini tidak dapat dielakkan dan anda perlu memformat windows anda kembali.


Kerosakan atau kegagalan fungsi kabel IDE/EIDE hard disk drive.
  • Anda boleh memulihkan masalah ini dengan memastikan kable IDE/EIDE anda disambung dengan baik.
  • Cabut kabel dan sambungkan kembali kabel tersebut. Sekiranya masalah masih timbul walaupun anda telah format komputer anda, gantikan kabel IDE/EIDE. Ini berkemungkinan kegagalan kabel tersebut untuk berfungsi
Penyelesaian Terakhir
Format komputer anda. Sekiranya data penting anda berada di dalam hard disk, cabut kabel hard disk anda dan pasangkan pada komputer lain untuk proses "back up data". Sekiranya anda menggunakan khidmat servis PC di kedai, pastikan anda memohon backup data pada komputer tersebut.


Diharapkan kupasan masalah dan penyelesaian isu ini dapat membantu anda menganalisis dan membaiki komputer anda. 



Nota: Penulis tidak bertanggungjawab atas kerosakan, kehilangan, kerugian atau implikasi yang berlaku akibat percubaan tips dan cara penyelesaian yang disyorkan di laman ini. Sebarang perlakuan adalah atas dasar tanggungjawab pembaca itu sendiri.

0 komen dari pembaca: